28 June 2010

Jalan-jalan di Zoo Negara

Posted by Mazniza at 12:30 AM 1 comments
Assalamualaikum semua..

Lama juga saya tidak update ini kan? Maklumlah, ibu banyak kerja sekarang ini. Line internet pula sentiasa problem. Hari ini saya berjalan-jalan dengan ibu, ayah, Pak Uda dan nenek ke Zoo Negara. Seronok tau! Saya dapat tengok bermacam-macam jenis haiwan.

Mulanya saya tertidur. Tapi, ibu berusaha juga bangunkan saya sewaktu kami masuk ke Zoo. Saya yang terjaga terpinga-pinga sebab tiba-tiba ramai orang di sekeliling saya. Saya nampak ada haiwan bergayut. Ibu cakap itu siamang. Ini gambarnya..



Kemudian saya nampak haiwan yang hampir sama dengan siamang ini. Ada baby pula tu.


Ini gambar saya dengan ibu berdekatan dengan kandang monyet ini.


Banyak lagi haiwan yang saya nampak di Zoo Negara. Tapi, tak banyak gambar yang ayah ambil sebab banyak masanya digunakan untuk melayan saya. Hehehehe..Jom, kita tengok sama-sama semua gambar yang ayah ambil.

Saya leka tengok monyet..

Ibu kata ini burung Enggang. Kebiasaannya ia boleh didapati di Sarawak. Cantik jambul dia kan?

Saya sedang berfikir, mahu ke mana lagi ye selepas ini?

Beruang sedang tidur...

Saya tengok beruang waktu ini. Nenek seronok melayan saya.

Rusa itu sangat jinak. Ia tak kisah pun saya menjerit-jerit padanya.

Saya tak tau nama haiwan ini. Tapi ibu kata, ia sama macam kanggaru. Hmm...nanti bila besar, saya nak cari maklumat pasal kanggaru la..

Hahahaha...saya suka tengok kura-kura ini. Agaknya dia bosan duduk dalam kandang aje kot.

Ibu kata buaya ni semua baru lepas makan. Itu sebab semua macam malas je. Dah kenyang, tidurlah...

Saya seronok nenek ikut jalan-jalan. Boleh saya duduk atas pangku nenek. Tak perlulah saya berjalan. Nanti saya penat!

Harimau ini menakutkan saya dan ibu. Kami ingatkan dia mahu menerkam kami. Hahahaha...takutnya!

Unta ini juga menakutkan saya. Sebelum kami ambil gambar, unta ini hampir-hampir makan kepala seorang budak. (*baik, mungkin makan kepala itu agak melebih-lebih)

Owh, saya ingatkan singa betul Rupanya patung je. Menakutkan betullah!

"Ibu, gajah tu nak makan saya!!" Hahahaha...agaknya itulah perasaan saya waktu ini. Saya takut ibu mahu beri saya pada gajah itu. *baik, saya merepek lagi.

Garangkan muka saya? Mana taknya, ibu mahu beri saya pada zirafah yang di belakang itu pula.

"Ibu, jangan letak saya atas gajah itu okey?" Ibu senyum je. Nasib baik dia tak letak...Fuh, selamat!

Seperti biasa, saya tidak mahu didukung. Saya mahu berjalan sendiri. Hehehehe...

Ambil gambar sebelum balik. Bye Zoo Negara. Ada masa lagi saya datang semula ke sini!!!
 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez