15 July 2010

Cuti@Bukit Gambang Resort City - Bahagian 1

Posted by Mazniza at 8:59 AM 0 comments
Assalamualaikum semua,


Wah, seronok betul saya. Beberapa minggu yang lepas saya bersama keluarga pergi ke Zoo Negara. Kali ini saya mahu bercerita pula pengalaman saya mengikut ibu dan ayah ke Bukit Gambang Resort City untuk mengikuti acara Family Day PTS iaitu tempat ibu dan ayah saya bekerja.

Bagi entri kali ini, saya akan bahagikan kepada beberapa bahagian. Maklumlah, banyak yang saya mahu kongsikan bersama semua. Pertama sekali, saya mahu bercerita ketika ibu membawa saya ke pejabat ibu. Kata ibu, petang itu kami akan bertolak ke Gambang, Kuantan menaiki bas. Wah, saya tidak sabar. Maklumlah, sudah lama saya tidak menaiki bas.

Di pejabat ibu, saya hanya bermain, makan dan tidur. Beberapa kali saya merengek pada ibu menanyakan bila agaknya bas akan sampai. Ibu kata, kami perlu menunggu ayah pulang dari masjid selepas solat Jumaat.
Baik, saya bersabar. Akhirnya saya tertidur. Saya terjaga apabila ayah sudah pulang dari masjid. Yeay! Nampaknya sudah sampai masanya saya menaiki bas. Saya sudah tidak sabar lagi. Saya mahu berjalan sendiri. Jadi ibu membiarkan sahaja saya berjalan dan menaiki bas.

Saya duduk di kerusi bahagian hadapan sekali bersama ibu dan ayah. Ini gambar kami!


Di sebelah kami adalah Nenek Ainon dan Acik Roziyah. Nenek Ainon adalah pengerusi syarikat PTS. Beliau suka membaca. Sepanjang perjalanan ke Gambang, beliau khusyuk membaca. Acik Roziyah juga sama, beliau juga membaca di sepanjang perjalanan. Ini gambar mereka berdua.


Sepanjang perjalanan saya tidak tidur langsung walaupun orang lain tidur. Saya berasa rimas dan tidak mahu duduk diam. Akhirnya ayah meletakkan saya di atas tangga sebelah pemandu dan bermain dengan pakcik Wahyudi. Beliau sangat pandai bermain dengan saya. Terkekek-kekek saya gelak dibuatnya. Ini gambar pakcik Wahyudi. Hensem kan?


Bas yang kami naiki berhenti sebanyak dua kali. Sekali di hentian Temerloh, dan sekali lagi saya tidak ingat. Apa yang pasti, perjalanan itu mengambil masa hampir 3 jam barulah kami sampai ke Bukit Gambang Resort City, Kuantan.

Baik, setakat ini dahulu cerita saya. Nanti kita bertemu lagi dalam bahagian kedua. Saya akan ceritakan kisah saya Check In ke bilik dan apa yang saya buat di sana. Jumpa lagi! Muah!










Gambar-gambar staff PTS yang ceria!


 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez