04 February 2011

Cerita 2010

Posted by Mazniza at 1:27 PM 0 comments
Assalamualaikum semua.

Memanglah kan? Lama betul saya tak update blog ni. Paling last masa Hari Raya haji dulu. Banyak perkara berlaku. Tapi tak sempat betul nak update. Nak kata ibu sibuk sangat tak juga. Tapi ibu kata, ibu cepat penat sekarang ini. Adik dalam perut ibu makin besar. Ibu dah tak larat nak duduk lama-lama menaip. Kesian ibu.

Oklah, saya nak cerita pasal saya bercuti di Melaka ye. Ibu dan ayah ambil gambar pernikahan dan persandingan kawan di Melaka. Alang-alang, kami bercuti sekali sebab majlis tu cuma pada hari Jumaat dan Sabtu. Jadi, kami berjalan-jalan di bandar Melaka pada hari Ahad. Tak mahu cakap banyak. Jom kita tengok gambar.







Ha, amacam? Best tak tengok gambar-gambar ni? Nampak tak bekas-bekas cicken pox saya? Sekarang sudah berkurangan. Tak lama lagi, cantik semula la kulit saya nanti.
 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez