Lamanya Mardhiah tak update blog ni kan? Ibu dan ayah agak sibuk. Tak sempat mahu buka blog ni. Sedih apabila tengok blog kawan-kawan update tapi Mardhiah punya tak update pun.
Jadi, hari ini saya akan update sekali banyak entri supaya kawan-kawan seronok membacanya.
Entri pertama, saya bercerita tentang cuti saya di Gambang. Walaupun dah lama berlalu, saya tetap nak kongsi cerita dan gambar.
Ini gambar-gambar saya sewaktu baru sahaja sampai di BGRC.
Mana satu comel? Penguin ataupun saya?
Sayang penguin.
Mana bilik saya ni?
Ha...berikut ni, gambar sewaktu saya di balkoni bilik kami. Seronok dapat duduk di balkoni sambil tengok orang lalu lalang.
Haaa..macam-macam aksi kan? Saya terasa seperti model pula waktu ini. Ibu dan ayah memang suka ambil gambar saya. Maklumlah, sebab saya pun suka diambil gambar. Hehehehe..
Baik, petang sebelum kami pulang. Ibu dan ayah bawa saya mandi manda di kolam renang tempat penginapan. Orang lain semuanya pergi ke Water Park. Tetapi ibu cakap ramai sangat orang. Akhirnya kami conquer kolam renang tu. Siapa join saya? Tentulah kawan-kawan saya, Abang Fateh, Kak Humaira dan Kak Iman. Seronok dapat bermain air bersama mereka. Tengok sahajalah gambar-gambar ni.
Mulanya hanya nak main-main air sahaja. Saya tak tahan, terus saya minta ibu tukarkan baju saya.
Ayah takut saya tenggelam. Rupa-rupanya air tu cetek sahaja.
Saya, Ibu dan Aunty Marliana.
Ini keluarga Abang Fateh.
Saya bersama ibu dan ayah.
Seronokkan mandi manda beramai-ramai?
Ini kakak Iman dan ibunya Aunty Nora.
Ini Kakak Humaira.
Ok, berakhirlah entri pertama saya. Selepas ini saya masukkan entri kedua pula ye. Bye.
0 comments:
Post a Comment
Mari komen: