18 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Posted by Mazniza at 9:40 AM
Assalamualaikum semua,

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. Tahun ini kami beraya di Klang. Kampung ibu saya. Sayangnya saya tidak dapat memakai baju raya. Nak tahu kenapa? Sebab saya kena Chicken Pox.

Sedih sangat. Saya rasa gatal-gatal seluruh badan. Badan saya panas sangat. Sampai sakit kepala dibuatnya. Ibu letakkan losyen yang diberi oleh doktor. Tapi saya tak suka losyen tu. Ia buat saya rasa pedih. Saya menangis setiap kali ibu letakkan losyen tu.

Gambar? Kali ini tiada gambar. Ibu tak sampai hati mahu mengambil gambar saya dalam keadaan ini. Saya berharap kawan-kawan semua dapat doakan saya cepat sembuh ye. Saya mahu bercuti bersama ibu di Melaka hujung minggu ini. Nanti saya ceritakan pengalaman saya di sana ye. Sampai jumpa lagi. Bye.

0 comments:

Post a Comment

Mari komen:

 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez