Cantik tak blog saya sekarang? Ibu terlebih rajin pula hari ini mengemaskini blog saya. Hehehehe... Terima kasih ibu.
Hari ini saya nak bercerita tentang kepulangan saya bersama keluarga ke kampung ayah iaitu di Kota Bharu, Kelantan. Kami pulang pada hari Khamis (30 Jun 2011) menaiki kereta ayah ngah. Perjalanan malam itu tak terasa lama sebab saya tidur sepanjang perjalanan. Kami sampai di rumah mak tok dan tok ayah pada jam 2 pagi. Waktu itu saya terus rasa segar. Ibu mandikan saya lagi sekali sebab saya tumpahkan air dalam kereta ayah ngah.
Mendengar saya datang, mak tok dan tok ayah bangun. Kami beramah mesra sebelum saya mula rasa mengantuk sejam selepas itu. Apabila saya bangun pagi, mak tok sudah siapkan sarapan nasi goreng. Sedap tau nasi goreng mak tok. Banyak saya makan.
Selepas sembahyang jumaat, kami semua pergi ke rumah bakal cik ngah (tunang ayah ngah). Tetapi, belum apa-apa saya sudah tertidur di pangkuan ayah. Tak dapat la saya makan laksa kuah putih. Sedar-sedar saya sudah ada di dalam kereta. Hehehehe...apa la saya ni kan? Datang rumah orang tidur pula. Inilah gara-gara saya tidak mahu tidur tengahari walaupun ibu sudah berkali-kali menyuruh saya tidur.
Dua hari di rumah mak tok dan tok ayah amat menyeronokkan. Saya bermain dengan sepupu-sepupu saya yang lain. Tahu-tahu sudah hari ahad. Kami terpaksa balik awal pagi kerana ayah mengambil tiket kapal terbang pada waktu pagi. Ini adalah kali ketiga saya menaiki kapal terbang. Namun, ini pertama kali kami menaiki Firefly. Ibu kata turun di Subang lebih dekat berbanding turun di LCCT. Entahlah, saya tidak kisah pun sebab naik sahaja kereta, saya terus tertidur. Hehehe...
Oh, inilah saya, ibu dan adik Zaim di dalam kapal terbang. Seronok tau.
Sampai di sini dahulu cerita saya kali ini. Oh ya, adik Zaim sudah ada blog sendiri. Klik http://zaim2404.blogspot.com/ untuk tengok cerita dia pula. Bye!