25 November 2014

Selamat Datang 2015

Posted by Mazniza Mohd Nor at 5:27 PM 0 comments Links to this post
Assalamualaikum semua! Wah, seronoknya saya. Ibu mahu memulakan semua projek blog saya ini. Banyak cerita yang terlepas. Tapi semuanya ada di Facebook ibu dan ayah saya. Saya tidak mahu pandang ke belakang lagi. Bermula 1 Januari saya akan update blog ini. Memang seronok! Nantikan entri saya nanti ya. Muah ciked!

04 June 2013

Demam

Posted by Mazniza at 10:21 PM 0 comments Links to this post

Saya demam. Saya rasa badan saya sejuk sangat. Tetapi ibu kata badan saya sangat panas. Ibu letakkan kain basah atas kepala. Ibu letak air asam jawa pada badan. Tapi saya rasa sejuk sangat.

Doakan saya cepat sembuh ya.

02 January 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Posted by Mazniza at 4:33 PM 0 comments Links to this post
Assalamualaikum semua.

Rasanya masih belum terlambat saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Semoga tahun ini membawa seribu rahmat pada kami sekeluarga. Ewah, pandai pula saya berkata-kata kan? Iyalah, saya sudah hampir berusia 3 tahun. Seronok kan? Sekejap saja rasanya.

Semalam, 1 Januari 2012 ibu dan ayah bawa saya dan adik Zaim ke Berjaya Hills, Bukit Tinggi. Saya tidur di sepanjang perjalanan. Itulah, ibu sudah pesan supaya saya tidur dahulu. Tetapi saya tetap berkeras mahu berjaga. Jadi, apabila sampai di sana saya mula hilang mood. Semasa mahu pulang barulah saya berasa seronok. Tapi apakan daya, sudah lewat petang dan ibu tidak mahu kami pulang lewat malam.

Oklah, tidak mahu cerita banyak. Tengoklah gambar saya yang monyok ini ya. Nanti kita sambung cerita lagi.



03 July 2011

Balik Ke Kota Bharu

Posted by Mazniza at 7:20 PM 1 comments Links to this post
Assalamualaikum semua,

Cantik tak blog saya sekarang? Ibu terlebih rajin pula hari ini mengemaskini blog saya. Hehehehe... Terima kasih ibu.

Hari ini saya nak bercerita tentang kepulangan saya bersama keluarga ke kampung ayah iaitu di Kota Bharu, Kelantan. Kami pulang pada hari Khamis (30 Jun 2011) menaiki kereta ayah ngah. Perjalanan malam itu tak terasa lama sebab saya tidur sepanjang perjalanan. Kami sampai di rumah mak tok dan tok ayah pada jam 2 pagi. Waktu itu saya terus rasa segar. Ibu mandikan saya lagi sekali sebab saya tumpahkan air dalam kereta ayah ngah.

Mendengar saya datang, mak tok dan tok ayah bangun. Kami beramah mesra sebelum saya mula rasa mengantuk sejam selepas itu. Apabila saya bangun pagi, mak tok sudah siapkan sarapan nasi goreng. Sedap tau nasi goreng mak tok. Banyak saya makan.

Selepas sembahyang jumaat, kami semua pergi ke rumah bakal cik ngah (tunang ayah ngah). Tetapi, belum apa-apa saya sudah tertidur di pangkuan ayah. Tak dapat la saya makan laksa kuah putih. Sedar-sedar saya sudah ada di dalam kereta. Hehehehe...apa la saya ni kan? Datang rumah orang tidur pula. Inilah gara-gara saya tidak mahu tidur tengahari walaupun ibu sudah berkali-kali menyuruh saya tidur.

Dua hari di rumah mak tok dan tok ayah amat menyeronokkan. Saya bermain dengan sepupu-sepupu saya yang lain. Tahu-tahu sudah hari ahad. Kami terpaksa balik awal pagi kerana ayah mengambil tiket kapal terbang pada waktu pagi. Ini adalah kali ketiga saya menaiki kapal terbang. Namun, ini pertama kali kami menaiki Firefly. Ibu kata turun di Subang lebih dekat berbanding turun di LCCT. Entahlah, saya tidak kisah pun sebab naik sahaja kereta, saya terus tertidur. Hehehe...

Oh, inilah saya, ibu dan adik Zaim di dalam kapal terbang. Seronok tau.


Sampai di sini dahulu cerita saya kali ini. Oh ya, adik Zaim sudah ada blog sendiri. Klik http://zaim2404.blogspot.com/ untuk tengok cerita dia pula. Bye!

24 June 2011

Adik Saya

Posted by Mazniza at 8:22 PM 0 comments Links to this post
Assalamualaikum semua.

Lama kan saya tidak update blog? Maklumlah, sekarang saya sudah ada kawan. Namanya adalah Muhammad Zaim. Siapa dia? Dia adalah adik saya.

Adik lahir pada 24 April yang lalu. Itu sebab la saya sudah lama tidak update blog. Saya sibuk membantu ibu menjaga adik. Ibu cakap nanti adik pun ada blog sendiri. Tidak sabar saya mahu bertukar-tukar entri dengan adik.

Mahu tengok gambar? Ibu tidak ingat ibu letak mana gambar adik semasa baru lahir. Tapi saya ada gambar adik selepas umurnya sebulan. Mahu tengok? Tengok la...



Amacam, comel kan adik saya. Tapi sudah tentulah saya lebih comel. Hehehe...

Oklah, adik dah nangis tu. Saya pergi dulu ye. Mahu jaga adik. Bye.

11 April 2011

Tudung

Posted by Mazniza at 1:38 PM 0 comments Links to this post
Assalamualaikum semua,

Kali ini saya nak cerita tentang saya mula-mula pakai tudung. Sebenarnya saya cuba pakai tudung ni masa bercuti di PD dulu. Saya tengok nenek, ibu, dan ateh saya pakai tudung. Itu sebab la saya teringin nak pakai tudung. Saya pun apa lagi, merengek-rengek minta tudung dengan ateh saya. Nasib baik ateh ada tudung yang kecil sikit. Boleh la saya pakai. Nak tengok gambar-gambar saya pakai tudung? Hehehehe...enjoy ye....




Amacam, comel tak? Ada gaya macam ustazah tak? Ibu ada tempahkan tudung khas untuk saya. Ada dua warna. Kuning dan pink. Nanti saya masukkan gambar ye. Setakat ini dahulu. Bye!

05 March 2011

Cuti @ PD

Posted by Mazniza at 11:00 PM 0 comments Links to this post
Assalamualaikum semua!

Bersawang sudah blog saya ni kan? Hehehe..biasalah. Ibu sibuk melayan karenah saya yang macam-macam ni. Okey, kali ini saya nak bercerita tentang cuti saya di PD. Seronok tau. dapat mandi air laut. Dapat main pasir. Dapat makan ais krim. Wah, memang seronok. Ibu dan ayah beri kebenaran buat semua tu waktu ini saja. Apa lagi. Saya pun mandi dan main pasir sepuas-puasnya la.







Seronok kan? Ok, ibu dah mengantuk. Lain kalo kita cerita lagi ye. Bye...
 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez