25 December 2009

Saya sudah berumur 9 bulan!

Posted by Mazniza at 6:14 PM 0 comments
Assalamualaikum semua.

Lama sungguh saya tak update blog ni. Ibu dan ayah sibuk. tak sempat nak tolong saya pilih gambar dan tulis blog. Bulan 12 ni cukup la saya 9 bulan. Sekejap je kan? Tak sangka saya dah makin besar. Ibu cakap saya dah makin nakal. Ye ke?

Awal bulan disember ibu dan ayah ada job fotografi di sabak Bernam. Jadi kami ambil kesempatan untuk tidur di rumah atuk ibu. Rumah ni di Tanjung Karang. Saya belum pernah datang lagi. Ini pertama kali. Rumah moyang besar. Apabila ibu dan ayah pergi ke Sabak Bernam, saya duduk di rumah dengan mak teh, atuk dan nenek. Ni gambar saya dengan atuk. Bestnya bila atuk bawa saya naik stroller ni.




Dua hari lepas saya demam. Agak panas juga la. Ibu dah risau. Terus ibu bawa saya pergi ke hospital. Baru dua kali makan ubat yang tidak sedap tu, saya dah baik. Lega ibu dibuatnya. Maklumlah, ibu banyak kerja di ofis. Jadi dia tak mahu cuti lama-lama. Saya pula rilek je. Saya tahu ibu sibuk. Sebab tu la saya cepat-cepat sembuh. Bukan apa, sekali-sekala saya nak bermanja dengan ibu di rumah. Boleh kan ibu? Hehehe..

Saya sekarang dah makin suka berdiri dan berjalan sendiri. Ibu baru sahaja beli meja makan. Jadi, saya pun gunakan kerusi meja makan tu untuk berjalan. Kadang-kadang saya nak panjat. Tapi tak boleh. Huhuhu.. Tak apa, satu hari nanti saya mesti boleh panjat meja makan ibu. Hehehehe...




Oklah, sampai sini dulu ye. Nanti kalau ada masa, saya post lagi. Hari ahad ni saya akan ke Jengka 3, Pahang. Sepupu ibu melangsungkan perkahwinan. Jadi, kalau ada cerita menarik, saya beritahu kemudian ye. Bye!

03 December 2009

Perjalanan ke Kelantan..

Posted by Mazniza at 1:50 PM 0 comments
Salam semua,

Semoga Hari Raya Aidiladha yang lalu disambut dengan meriah. Saya seronok sangat kerana tahun ini saya beraya di Kelantan. Kampung ayah saya. Dapat jumpa Tok Ayah, Mak Tok, Mak Long, Chik Ni, Ayah Ngah, Ayah Su dan sepupu-sepupu saya iaitu Kak Alya, Abang Badri, Kak Aisya dan Kak Anisha...

Kali ini saya nak cerita tentang perjalanan saya ke Kelantan. Seawal jam 4 pagi kami dah bertolak dari Gombak. Ibu kejutkan saya dan tukarkan diaper supaya saya selesa sepanjang perjalanan. Kami naik kereta Ayah Ngah yang baru itu. Sepanjang perjalanan saya tidur. Jadi saya tidak dapat menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Sewaktu ibu dan ayah berhenti di perhentian, saya terjaga sekejap. Biasalah, perut dah lapar dan dahaga. Minta susu pada ibu la.

Jam 9.30 pagi, kami sampai di Gua Musang. Kami singgah di rumah Tok Su. Ibu mandikan saya di sana. Sejuk air dari bukit. Inilah rumah Tok Su saya.



Ini pula adalah Nek Su saya.




Di rumah tok su saya ada sekandang kambing. Kambing tok su, besar dan gemuk. Sekiranya saya sudah boleh berjalan sendiri, pasti saya mahu bermain dengan anak-anak kambing yang comel itu. Sayangnya ayah tak bawa kamera, jadi tak dapat la saya menunjukkan gambar anak-anak kambing yang comel itu.

Jam 11 pagi, kami pun bertolak semula ke Kota Bharu. Saya tidur di sepanjang perjalanan. Latih la kot. Hehehe...




Sampai saja di Kuala Krai, saya bangun. Mulalah saya meronta-ronta hendak bangun dari kerusi. Saya mula menjenguk ke kerusi pemandu. "Ibu, saya hendak duduk di hadapan." Ibu bagaikan faham, memberi saya kepada ayah. Tengoklah betapa seronoknya saya bergurau dengan Ayah Ngah yang sedang memandu. Hehehe..













Setelah hampir 10 jam perjalanan, akhirnya kami tiba juga di rumah tok ayah pada jam 2.30 ptg. Huh, penatnya Tuhan saja yang tahu. Oklah,sampai sini dulu cerita perjalanan saya. Esok saya cerita pengalaman saya berhari raya dan ber'bekwoh' ye.

29 November 2009

Kereta dan kerusi baru...

Posted by Mazniza at 12:49 PM 0 comments
Hari ni saya nak tunjuk kereta Ayah Ngah yang saya cerita sebelum ini. Gambar ini diambil semasa di Kelantan.





Memandangkan saya ni tak boleh duduk diam di dalam kereta dan ibu tak larat nak pegang saya sepanjang perjalanan ke Kelantan, ayah belikan saya kerusi untuk diletakkan di dalam kereta. Amacam, cantik tak?


25 November 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha..

Posted by Mazniza at 1:02 PM 0 comments
Salam semua,

Lusa kita akan menyambut hari raya Aidil Adha. Biasanya orang kenal dengan hari raya kurban. Tahun ini, saya akan beraya di Kelantan. Rumah ayah saya. Wah! Mesti seronok kan? Ibu cakap, kami akan buat kenduri akikah untuk saya di Kelantan.Seekor kambing akan ditumbangkan. Makan kambing la kami tahun ini. Hehehe...

Tak sabar saya hendak balik ke Kelantan dan berjumpa dengan mak tok dan tok ayah. Saya juga tak sabar hendak bermain dengan kak Aisya dan sepupu saya yang lain. Ibu dah siap mengemas baju-baju saya malam tadi. Saya pun tolong 'kemas' sekali.

Malam ini, ayah ngah saya akan datang ke rumah. Esok kami akan pulang ke Kelantan dengan menaiki proton Persona baru ayah ngah. Ayah juga sudah membeli kerusi untuk saya duduk dengan selesa di dalam kereta ayah ngah nanti.

Seronoknya! Selamat Hari Raya Aidil Adha!

22 November 2009

Masa Mandi

Posted by Mazniza at 9:10 PM 0 comments
Saya suka masa mandi saya. Tengokla gambar saya waktu mandi ni. Best kan? Hehehehe...










Tolong Kemas Ofis

Posted by Mazniza at 3:18 PM 0 comments
Semalam saya ikut ibu dengan ayah pergi ke ofis mereka. Ibu dan ayah nak berkemas sebab mereka nak berpindah ofis minggu depan. Saya pun ikut tolong sekali la.


Kuat tak saya nak angkat kotak ni?


Saya nak cuba juga angkat kotak ini.

Bila dah penat mengemas, saya dan Kak Syeera tertidur. Hehehehe...

Saya Suka Menangis..

Posted by Mazniza at 2:53 PM 0 comments
Ibu kata saya suka menangis. Saya tak percaya pun. Tapi bila tengok gambar-gambar ni, memang betullah saya ni suka menangis. Hehehehehehe...





















20 November 2009

Wallpaper ibu saya..

Posted by Mazniza at 3:52 PM 0 comments
Salam,

Hmmm...dah beberapa hari saya tak buka blog...Ibu sibuk dengan kerja. Melayan karenah saya lagi. Ayah saya pun sibuk juga. Tapi disebabkan minatnya yang mendalam dalam bidang grafik, dia buat wallpaper untuk ibu saya. Sudah pastilah menggunakan gambar saya. Cantik kan? Hehehe...


15 November 2009

Ayah Ngah datang...

Posted by Mazniza at 11:27 AM 1 comments
Salam semua,

Hari ini saya nak bercerita tentang Ayah Ngah saya. Ayah Ngah adalah adik kepada ayah saya. Dia bekerja di Taman Negara. Semalam Ayah Ngah datang ke rumah  saya. Dia datang sini sebab nak ambil kereta baru dia. Semalam saya dapatlah naik kereta Persona Ayah Ngah saya.


Inilah ayah Ngah saya. Hensem tak?


13 November 2009

Masuk 8 Bulan...

Posted by Mazniza at 9:48 PM 0 comments
Salam semua,

Sedar tak sedar, minggu depan (19 November 2009) saya akan berumur 8 bulan. Sekejap saja saya dah besar. Ibu dengan ayah makin penat melayan karenah saya.Saya akan tidur awal setiap malam. Apabila ibu dan ayah dah nak masuk tidur. Saya pula bangun dan bermain. Kesian ibu. Terpaksa bersengkang mata melayan karenah saya tu.

Ayah ada belikan saya jaket. dah lama dah. Tengok la jaket yang ayah belikan ni. Ibu kata, saya boleh pakai jaket ni bila kami pulang ke kampung di waktu malam. Supaya saya tak sejuk. Amacam, ada gaya hip hop tak? Hehehe...

Ibu kata, bila macam ni saya nampak macam lelaki.



Nampak tak bulu mata saya? Barulah nampak macam perempuan kan?

Oklah, nanti saya sambung lagi. Saya nak tidur ni. Bye.

10 November 2009

Koleksi gambar-gambar saya..

Posted by Mazniza at 6:01 PM 0 comments
Ibu dan ayah saya suka ambil gambar saya. Saya pun suka apabila ibu mula keluarkan kamera. Sejak dari kecil lagi saya sudah mula berposing di depan kamera. Lihat sahajalah gambar-gambar saya sewaktu ibu saya masih dalam pantang selepas melahirkan saya.

 
 

Ok, nanti saya tambah gambar lagi ye.

Ini saya...

Posted by Mazniza at 2:13 PM 0 comments
Assalamualaikum semua,


Wah, pertama kali saya tulis blog ini. Ibu sungguh teruja melihat kawan-kawan saya yang lain pun menulis blog. Jadi, dia kata, "Apa kata Mardhiah tulis blog juga?" Saya mengangguk saja. Saya pun jadi teruja melihatkan ibu yang berseri-seri wajahnya.


Mana nak mula ye? Apa kata saya kenalkan diri saya dulu.


Nama: Mardhiah bt Mohd Zaidi
Tarikh Lahir: 19 Mac 2009
Tempat Lahir: Hospital Klang, Selangor


Ini gambar saya masa baru lahir. Comel kan?


Gambar ni selepas 19 jam saya dilahirkan. Nenek saya sedang korek telinga saya...Bestnya!



Ok, cukup dulu cerita pertama saya. Ibu saya nak buat kerja ni. Nanti kita sambung balik ye.

 
 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez