23 March 2010

Saya sudah setahun!!!

Posted by Mazniza at 12:17 AM 0 comments
Assalamualaikum dan apa khabar semua. Lama sungguh saya tidak update blog ini. Ibu agak sibuk dengan pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di PWTC pada 19 Mac hingga 28 Mac 2010.

Dalam masa yang sama, saya sudah berumur genap setahun. Disebabkan hari lahir saya jatuh pada 19 Mac (Jumaat) dan ibu terpaksa bertugas ketika itu, tiada majlis untuk saya. Ibu hanya mengucapkan Selamat Hari Lahir buat saya ketika saya bangun daripada tidur.

Namun, ibu dan ayah tetap meluangkan masa mengadakan majlis kecil-kecilan buat saya. Seronok rasanya dapat memotong kek dan makan kek coklat yang sedap. Terima kasih ibu dan ayah kerana menjaga saya dengan penuh kasih sayang. Saya berjanji untuk menjadi anak yang solehah dan dibanggakan oleh ibu dan ayah. Mardhiah saya ibu dan ayah!


Inilah kek birthday saya. Nampak sedap kan?


Saya sudah tidak sabar mahu memotong kek.


Saya cuba memotong kek.


Yeay!Saya sudah pandai memotong kek.



Mak Teh pun mahu memotong kek dengan saya.



Ayah cuba suapkan kek walaupun saya mahu makan sendiri.



Habis comot saya. Hehehe...



Saya sayang moyang saya.



Moyang saya memang best!
 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez