25 December 2009

Saya sudah berumur 9 bulan!

Posted by Mazniza at 6:14 PM 0 comments
Assalamualaikum semua.

Lama sungguh saya tak update blog ni. Ibu dan ayah sibuk. tak sempat nak tolong saya pilih gambar dan tulis blog. Bulan 12 ni cukup la saya 9 bulan. Sekejap je kan? Tak sangka saya dah makin besar. Ibu cakap saya dah makin nakal. Ye ke?

Awal bulan disember ibu dan ayah ada job fotografi di sabak Bernam. Jadi kami ambil kesempatan untuk tidur di rumah atuk ibu. Rumah ni di Tanjung Karang. Saya belum pernah datang lagi. Ini pertama kali. Rumah moyang besar. Apabila ibu dan ayah pergi ke Sabak Bernam, saya duduk di rumah dengan mak teh, atuk dan nenek. Ni gambar saya dengan atuk. Bestnya bila atuk bawa saya naik stroller ni.




Dua hari lepas saya demam. Agak panas juga la. Ibu dah risau. Terus ibu bawa saya pergi ke hospital. Baru dua kali makan ubat yang tidak sedap tu, saya dah baik. Lega ibu dibuatnya. Maklumlah, ibu banyak kerja di ofis. Jadi dia tak mahu cuti lama-lama. Saya pula rilek je. Saya tahu ibu sibuk. Sebab tu la saya cepat-cepat sembuh. Bukan apa, sekali-sekala saya nak bermanja dengan ibu di rumah. Boleh kan ibu? Hehehe..

Saya sekarang dah makin suka berdiri dan berjalan sendiri. Ibu baru sahaja beli meja makan. Jadi, saya pun gunakan kerusi meja makan tu untuk berjalan. Kadang-kadang saya nak panjat. Tapi tak boleh. Huhuhu.. Tak apa, satu hari nanti saya mesti boleh panjat meja makan ibu. Hehehehe...




Oklah, sampai sini dulu ye. Nanti kalau ada masa, saya post lagi. Hari ahad ni saya akan ke Jengka 3, Pahang. Sepupu ibu melangsungkan perkahwinan. Jadi, kalau ada cerita menarik, saya beritahu kemudian ye. Bye!

03 December 2009

Perjalanan ke Kelantan..

Posted by Mazniza at 1:50 PM 0 comments
Salam semua,

Semoga Hari Raya Aidiladha yang lalu disambut dengan meriah. Saya seronok sangat kerana tahun ini saya beraya di Kelantan. Kampung ayah saya. Dapat jumpa Tok Ayah, Mak Tok, Mak Long, Chik Ni, Ayah Ngah, Ayah Su dan sepupu-sepupu saya iaitu Kak Alya, Abang Badri, Kak Aisya dan Kak Anisha...

Kali ini saya nak cerita tentang perjalanan saya ke Kelantan. Seawal jam 4 pagi kami dah bertolak dari Gombak. Ibu kejutkan saya dan tukarkan diaper supaya saya selesa sepanjang perjalanan. Kami naik kereta Ayah Ngah yang baru itu. Sepanjang perjalanan saya tidur. Jadi saya tidak dapat menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Sewaktu ibu dan ayah berhenti di perhentian, saya terjaga sekejap. Biasalah, perut dah lapar dan dahaga. Minta susu pada ibu la.

Jam 9.30 pagi, kami sampai di Gua Musang. Kami singgah di rumah Tok Su. Ibu mandikan saya di sana. Sejuk air dari bukit. Inilah rumah Tok Su saya.



Ini pula adalah Nek Su saya.




Di rumah tok su saya ada sekandang kambing. Kambing tok su, besar dan gemuk. Sekiranya saya sudah boleh berjalan sendiri, pasti saya mahu bermain dengan anak-anak kambing yang comel itu. Sayangnya ayah tak bawa kamera, jadi tak dapat la saya menunjukkan gambar anak-anak kambing yang comel itu.

Jam 11 pagi, kami pun bertolak semula ke Kota Bharu. Saya tidur di sepanjang perjalanan. Latih la kot. Hehehe...




Sampai saja di Kuala Krai, saya bangun. Mulalah saya meronta-ronta hendak bangun dari kerusi. Saya mula menjenguk ke kerusi pemandu. "Ibu, saya hendak duduk di hadapan." Ibu bagaikan faham, memberi saya kepada ayah. Tengoklah betapa seronoknya saya bergurau dengan Ayah Ngah yang sedang memandu. Hehehe..













Setelah hampir 10 jam perjalanan, akhirnya kami tiba juga di rumah tok ayah pada jam 2.30 ptg. Huh, penatnya Tuhan saja yang tahu. Oklah,sampai sini dulu cerita perjalanan saya. Esok saya cerita pengalaman saya berhari raya dan ber'bekwoh' ye.
 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez