23 February 2010

Baca@LRT

Posted by Mazniza at 8:59 AM 0 comments
Salam semua,

Lama sungguh saya tak update blog ni. Maklumlah, ibu sangat sibuk. Ibu tak sempat nak buka pc pun. Lagi satu, setiap kali ibu buka PC, mesti saya pun sibuk sama nak tolong ibu..Hehehe..

Hari ini saya nak cerita pasal pengalaman saya ikut ibu naik LRT..Ibu join gerakan Baca@LRT yang bermula 16 Januari lepas. Tetapi, kami pergi untuk pra Baca@LRT bulan Januari. Tak ramai pun yang pergi. Kanak-kanak cuma saya dengan kakak Iman je yang pergi..Tengok la gambar kami di stesen LRT ni. Best!

Kakak Iman sarapan sebelum naik LRT.


Mardhiah: Saya pun ada roti juga.
Kakak Iman: Wah seronoknya, boleh makan sama-sama..


Mardhiah: Hmm..sedapnya.
Kakak Iman: Kenapa Mardhiah punya roti nampak lebih sedap?


Mardhiah: Siapa pula ni?
Kakak Iman: Lari cepat Mardhiah, ada orang nak mengorat kita ni.


Mardhiah: Aik, apa ni? Oh, buku Jejak Bisnes Rasul. Macam menarik je.


Mardhiah: memang menarik buku ni.


Mardhiah: Ala, Mardhiah dah pandai baca dah. Mardhiah nak buku lagi besar.
Aunty Siti Sab: Mardhiah budak kecil, baca buku kecil dulu la.


Mardhiah: Yeay! Kami sudah sampai di KLCC.


Kakak Iman: Bye semua! Ops, no camera please.


Oh ye, mungkin ada yang tak tau apa tu Baca@LRT. Ini adalah satu gerakan menyemai budaya membaca di mana-mana sahaja. Biasanya, bila kita naik LRT, mesti kita luangkan banyak masa menunggu dan bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi kan?Jadi, masa yang terluang tu kita gunakan la untuk membaca. kan bagus daripada kita dok tengok orang kiri kanan. Sekurang-kurangnya kita dapat ilmu baru ketika menaiki LRT.

Saya pun bawa buku saya sendiri waktu di Baca@LRT. Jadi, jom kita sama-sama amalkan budaya membaca walau di mana pun kita berada. Jumpa lagi nanti!
 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez