18 November 2010

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Posted by Mazniza at 9:40 AM 0 comments
Assalamualaikum semua,

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. Tahun ini kami beraya di Klang. Kampung ibu saya. Sayangnya saya tidak dapat memakai baju raya. Nak tahu kenapa? Sebab saya kena Chicken Pox.

Sedih sangat. Saya rasa gatal-gatal seluruh badan. Badan saya panas sangat. Sampai sakit kepala dibuatnya. Ibu letakkan losyen yang diberi oleh doktor. Tapi saya tak suka losyen tu. Ia buat saya rasa pedih. Saya menangis setiap kali ibu letakkan losyen tu.

Gambar? Kali ini tiada gambar. Ibu tak sampai hati mahu mengambil gambar saya dalam keadaan ini. Saya berharap kawan-kawan semua dapat doakan saya cepat sembuh ye. Saya mahu bercuti bersama ibu di Melaka hujung minggu ini. Nanti saya ceritakan pengalaman saya di sana ye. Sampai jumpa lagi. Bye.

10 November 2010

Kerusi dan Buih...

Posted by Mazniza at 10:17 PM 1 comments
Salam semua!

Saya ada berita paling best! Sudah pasti berita best untuk saya. Memandangkan saya suka sangat duduk di atas kotak dan juga bekas majalah, ibu belikan saya kerusi yang comel untuk saya. Betapa gembiranya saya sebab saya sudah ada kerusi sendiri. Jadi tidak perlulah saya memanjat-manjat kerusi di meja makan ataupun sofa untuk duduk.


Inilah kerusi merah saya. Nampak cantik kan? Eh, ada buihlah. Mana datangnya buih tu?


Ibu belikan saya pistol yang dapat mengeluarkan buih. Seronok sangat. Saya lebih suka menembaknya sendiri. Tapi saya tak pandai. Akhirnya, ayah tolong tembak buih, saya cuba tangkap buih itu. Tengoklah aksi saya bermain dengan buih ni.


Sempat lagi saya berposing sebelum menangkap buih.


Saya tertanya-tanya juga bagaimana pistol ini dapat mengeluarkan buih ye?


Hmmm.....mungkin di bawah ini.


Penat pula. Saya menangkap buih sambil duduklah. Hehehehe....

03 November 2010

Makan-makan Raya 2010

Posted by Mazniza at 12:01 PM 0 comments
Salam semua,

Kali ini saya mahu bercerita tentang Hari Raya Aidilfitri yang dah lama berlalu. Saja mahu kongsi keseronokan kawan-kawan datang berhari raya di rumah saya. Ibu dan ayah buat makan-makan sempena raya pada 3 Oktober yang lalu. Banyak makanan yang dihidangkan antaranya menu wajib, bihun sup, soto, nasi impit, rendang dan sate.

Uncle Fairus datang bersama keluarganya dan bawa laksa untuk kami. Hmmm...sedap. Habis licin.

So, apa lagi. Jom tengok gambar-gambar yang sempat ayah saya snap.

Suasana sewaktu belum ramai orang.

Dari kiri: Mak Teh, Nenek Usu dan Pak Uda

Muiz dan ibunya

Ayah Muiz, Uncle Fairus

Kawan ibu, Aunty Maznah

Muiz malu amibil gambar

Aulia dengan keluarga

Keluarga Muiz

Aunty Melissa dan tunangnya

Kawan-kawan pejabat ibu dan ayah

Kawan-kawan ibu dan ayah

Nenek gembira saudara mara ramai yang datang

Kawan ayah, Uncle Mior dan keluarga.

Uncle Wahyudi, Uncle Pyan dan Uncle Shai

Uncle Pyan promote buku terbitan syarikat tempat ibu bekerja.

Cuti@Bukit Gambang Resort City - Bahagian Akhir

Posted by Mazniza at 10:32 AM 0 comments
Assalamualaikum semua,

Lamanya Mardhiah tak update blog ni kan? Ibu dan ayah agak sibuk. Tak sempat mahu buka blog ni. Sedih apabila tengok blog kawan-kawan update tapi Mardhiah punya tak update pun.

Jadi, hari ini saya akan update sekali banyak entri supaya kawan-kawan seronok membacanya.

Entri pertama, saya bercerita tentang cuti saya di Gambang. Walaupun dah lama berlalu, saya tetap nak kongsi cerita dan gambar.

Ini gambar-gambar saya sewaktu baru sahaja sampai di BGRC.

Mana satu comel? Penguin ataupun saya?

Sayang penguin.

Mana bilik saya ni?

Ha...berikut ni, gambar sewaktu saya di balkoni bilik kami. Seronok dapat duduk di balkoni sambil tengok orang lalu lalang.










Haaa..macam-macam aksi kan? Saya terasa seperti model pula waktu ini. Ibu dan ayah memang suka ambil gambar saya. Maklumlah, sebab saya pun suka diambil gambar. Hehehehe..

Baik, petang sebelum kami pulang. Ibu dan ayah bawa saya mandi manda di kolam renang tempat penginapan. Orang lain semuanya pergi ke Water Park. Tetapi ibu cakap ramai sangat orang. Akhirnya kami conquer kolam renang tu. Siapa join saya? Tentulah kawan-kawan saya, Abang Fateh, Kak Humaira dan Kak Iman. Seronok dapat bermain air bersama mereka. Tengok sahajalah gambar-gambar ni.

Mulanya hanya nak main-main air sahaja. Saya tak tahan, terus saya minta ibu tukarkan baju saya.

Ayah takut saya tenggelam. Rupa-rupanya air tu cetek sahaja.

Saya, Ibu dan Aunty Marliana.

Ini keluarga Abang Fateh.

Saya bersama ibu dan ayah.

Seronokkan mandi manda beramai-ramai?

Ini kakak Iman dan ibunya Aunty Nora.


Ini Kakak Humaira.





Ok, berakhirlah entri pertama saya. Selepas ini saya masukkan entri kedua pula ye. Bye.

15 July 2010

Cuti@Bukit Gambang Resort City - Bahagian 1

Posted by Mazniza at 8:59 AM 0 comments
Assalamualaikum semua,


Wah, seronok betul saya. Beberapa minggu yang lepas saya bersama keluarga pergi ke Zoo Negara. Kali ini saya mahu bercerita pula pengalaman saya mengikut ibu dan ayah ke Bukit Gambang Resort City untuk mengikuti acara Family Day PTS iaitu tempat ibu dan ayah saya bekerja.

Bagi entri kali ini, saya akan bahagikan kepada beberapa bahagian. Maklumlah, banyak yang saya mahu kongsikan bersama semua. Pertama sekali, saya mahu bercerita ketika ibu membawa saya ke pejabat ibu. Kata ibu, petang itu kami akan bertolak ke Gambang, Kuantan menaiki bas. Wah, saya tidak sabar. Maklumlah, sudah lama saya tidak menaiki bas.

Di pejabat ibu, saya hanya bermain, makan dan tidur. Beberapa kali saya merengek pada ibu menanyakan bila agaknya bas akan sampai. Ibu kata, kami perlu menunggu ayah pulang dari masjid selepas solat Jumaat.
Baik, saya bersabar. Akhirnya saya tertidur. Saya terjaga apabila ayah sudah pulang dari masjid. Yeay! Nampaknya sudah sampai masanya saya menaiki bas. Saya sudah tidak sabar lagi. Saya mahu berjalan sendiri. Jadi ibu membiarkan sahaja saya berjalan dan menaiki bas.

Saya duduk di kerusi bahagian hadapan sekali bersama ibu dan ayah. Ini gambar kami!


Di sebelah kami adalah Nenek Ainon dan Acik Roziyah. Nenek Ainon adalah pengerusi syarikat PTS. Beliau suka membaca. Sepanjang perjalanan ke Gambang, beliau khusyuk membaca. Acik Roziyah juga sama, beliau juga membaca di sepanjang perjalanan. Ini gambar mereka berdua.


Sepanjang perjalanan saya tidak tidur langsung walaupun orang lain tidur. Saya berasa rimas dan tidak mahu duduk diam. Akhirnya ayah meletakkan saya di atas tangga sebelah pemandu dan bermain dengan pakcik Wahyudi. Beliau sangat pandai bermain dengan saya. Terkekek-kekek saya gelak dibuatnya. Ini gambar pakcik Wahyudi. Hensem kan?


Bas yang kami naiki berhenti sebanyak dua kali. Sekali di hentian Temerloh, dan sekali lagi saya tidak ingat. Apa yang pasti, perjalanan itu mengambil masa hampir 3 jam barulah kami sampai ke Bukit Gambang Resort City, Kuantan.

Baik, setakat ini dahulu cerita saya. Nanti kita bertemu lagi dalam bahagian kedua. Saya akan ceritakan kisah saya Check In ke bilik dan apa yang saya buat di sana. Jumpa lagi! Muah!










Gambar-gambar staff PTS yang ceria!


 

Cerita Saya Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez